CHRONICLES: Update Entri 8 Small Grey Outline Pointer

03 January 2012

Update Entri 8

Asalamualaikum sume. Macam biase lah, aku harap korang sume dalam keadaan sihat dan hepi selalu. HAHA. Okay, hari ni aku duduk-duduk baring-baring sambil dengar redio di pagi hari. Sesekali tak mandi pagi sambil dengar hot FM best jugak. HAHA. Ape yang bes, topik diorang hari ni adalah berkisar tentang first day di sekolah. Hah! yang ni aku nak citer dalam entri ni.

CAK!!
Source: Google Image


First day kat sekolah. Kalau tak silap aku kan, aku masuk darjah satu mase tahun 1999. Mase tu kan aku sekolah dekat Sekolah Rendah Taman Universiti (1). Hebat bukan? HAHA. Aku takdelah macam budak-budak zaman sekarang ni. Ngade-ngade takut nak pegi sekolah. Mase dulu tu, ayah aku hantar aku pastu balik. takde nak tunggu-tunggu kat sekolah nyer. Aku berdikari sendiri jek. HAHA (ayat bajet)

Aku ingat lagi, mase first-first dulu tu, aku duduk sebelah perempuan india. Rambut die panjang mengurai dan aku terbau minyak kelape rasenyer. Aku rase sangat malang kerana tak dapat duduk dengan membe-membe budak laki laen. Subjek pertame yang aku belajar time tu adalah subjek yang sampai sekarang aku hanye dapat B. HAHA. Teke lah ape die.

Kalau korang nak tau B for B.i (Bahasa Inggeris). HAHA. Sumpah aku memang noob bahasa inggeris. Tengok cerite inggeris pun paham sebab diorang buat memek muke. HAHA. Okay, malas nak tulis panjang-panjang, dipendekkan cerita, aku cool je mase first day kat sekolah. Sebab ramai awex-awex tengok. HAHA. Percaye!!



P/s: Kawan aku cakap maen game banyak-banyak dapat meningkatkan mutu bahasa inggeris. yeke?