CHRONICLES: Cerita Hantu. Small Grey Outline Pointer

15 May 2011

Cerita Hantu.

Cerita ini mengandungi elemen-elemen yang tidak sesuai bagi kanak-kanak belum UPSR. Dikhuatiri dapat merosakkan bahasa disamping dibimbangi dapat mempengaruh waktu tidur mereka. Untuk mendapat efek khas dan special, jadikanlah sebagai bahan bacaan pada waktu tengah malam sebelum tido. Bimbingan ibu bapa penjaga untuk kanak-kanak belum PMR kerana mempunyai unsur ganas yang melampau yang tidak sesuai untuk remaja bawah 18 tahun.


Pada suatu malam yang sunyi dan menakutkan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Bunyi orang yang berdengkur sayup-sayup kedengaran. Matanya maseh lagi tidak dapat dilelapkan. Entah kenape, pada hari tersebut die agak susah untuk melelapkan mata. Pelbagai cara dan teknik tidur dilakukan. Menonggeng, Berdiri, Meniarap, Berlari, Duduk dan macam-macam lagi cara untuk die tidur. Namun tekniknya maseh belum berkesan.

Akibat tidak dapat berbuat apa-apa, die pun bermain permainan di telefon bimbitnya. "Hmm, asal lah susah sangat nak tido ni. Maen game dulu lah, kejap lagi mesti ngantuk." katanya. Sedang die leka bermain telefon bimbitnya, tiba-tiba kedengaran sesuatu yang aneh diluar kawasan rumahnya. Sebagai seorang yang terpelajar yang cemerlang dan bajet cam pandai, die berfikiran positif. "Eh, bunyi ape tu? takkan lah aku kentut kot, pelik bunyinya" bisik hatinya, sambil ketawa kecil.

Die pun meneruskan aktiviti yang penuh ketidakfaedahannya tanpa mempedulikan bunyi aneh tersebut. Sedang die bermain-main, tiba-tiba sekali lagi die terperasan sesuatu yang agak pelik pada hari tu. Entah kenape, die rase agak kurang selesa dan tiba-tiba bulu romanya meremang. "Uish,kenape ni? Kipas ni laju sangat. Sejuk betul aku ni. Baek aku amek selimut." sambil mengosok-gosok lengannya. Die pun mencapai selimut yang di sebelahnya.

Tanpa mengetahui, keadaan yang sebenar, die masih lagi leka bermain telefon bimbitnya itu. "Aku mesti beat highscore aku ni. Aku nak jadi legend dalam kalangan gamer-gamer ni" dengan kereknya die berbisik dalam hati. Markah demi markah diperolehi hasil kerja kerasnya. Memek wajah mukenya, kadang-kadang serius, marah, sedih, gembira dan macam-macam stail lagi lah. Tengah dalam keseronokan, kesedihan dan keseriusan bermain, tiba-tiba satu bunyi yang agak familiar muncul.

Jam menunjukkan pukul 3.05 pagi. Bunyi yang agak familiar itu kedengaran. Terdengar ngilaian telefon bimbit yang dipegangnya. 'BATTERY LOW! TEETTT'. Bateri menunjukkan hanya tinggal satu bar sahaja. "Alah, bateri low pulak. Aku baru je nak highscore." berbisik kepada diri sendiri. Dengan segera die mencapai charger yang berhampiran. Sedang die berjalan menuju kedapur untuk mencari plak yang kosong, sekali lagi die terperasan sesuatu. Jantungnya berdegup kencang.

'Dup dap dup dap' seolah-olah die baru sahaja lepas berlari seratus kilometer. Die cube memasang charger itu sedaya upaya dan secepat mungkin. Makin lame makin cepat jantungnya berdegup. Charger dan telefon bimbitnya maseh lagu belum dipasang sepenuhnya. Entah kenape susah sangat untuk mengecas telefon bimbit jenis Nokia die pada malam tersebut. Tiba-tiba jantung nya seolah-olah berhenti berdegup. Charger yang ingin dipadankan adalah dari model Sony Ericson. "Apakah?" katanya sambil membuat muke yang pelik.

Selepas menyelesaikan masalah misteri tersebut, die sudah merasakan matenya agak perit. Sambil mengosok-gosok matanya, lalu die bergegas ke ruang tamu untuk duduk sebentar. Die pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi, sekali lagi perkara yang menyeramkan berlaku. Kedengaran seperti bunyi-bunyian diluar kawasan rumahnya. Dengan minda dan fikiran yang kusut, die pun menghampiri tingkap untuk melihat apa yang sudah berlaku di luar sana.

Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, die pun melihat keadaan di luar melalui tingkap. Alangkah terkejutnya, apabila die mendapati ada sesuatu ataupun lebih tepat susuk tubuh terpacak berdiri di hadapan rumahnya. Jantungnya berdegup kencang dan bulu roma meremang. Keadaan susuk tubuh yang berdiri di sebelah tong sampah itu seperti sedang mengutip sesuatu di kawasan tersebut. Lalu die pun terfikir,"Eh, ape die buat kat tong sampah malam-malam ni? Biasenye die lepak waktu siang je, ish pelik lah." diam sejenak sambil berfikir.

Die pernah mendengar bahawa makhluk halus ni macam syaitan suke duduk kat tepi sampah. "Entah-entah.." katanya. Sedang die memerhati gerak-geri orang tersebut, bunyi yang macam biase dengar muncul. Rupe-rupenya lori sampah muncul. "Aik?" sambil menggaru-garu kepala die. Rupe-rupenya, susuk tubuh tersebut adalah orang yang bertugas untuk menggangkat sampah di kawasan perumahannya. Alangkah lega hatinya yang sangkaannya adalah salah. Lalu die ketawa dalam hati. "HAHA".

"Yang peliknya, kenape bulu roma aku meremang tadi?" die bertanya pada diri sendiri. Keadaan seperti ni agak kekok baginya. Tiba-tiba, ade sebuah suara halus menegurnya, "weh..dah pukul berape ha?" suara teguran tersebut. Lalu die menoleh kebelakang untuk melihat milik siapakah suare tu. Apabila die menoleh kebelakang, tiada sesiapa disitu. "Okay ini memang dah betul-betul kene kacau ni. ish" bisik hatinya lagi. Die pun cubelah berfikiran positif, "khayalan kot..ish" berkata dalam hatinya.

Khayalan yang disangkakan tadi mungkin dapat dinafikan lagi. Kali ni, suara yang agak kasar kedengaran. "arrrrgggggggrrrrrrr" suara kasar tersebut. Apabila die mendengar suara kasar tersebut, dengan segera die menoleh kebelakang untuk kali yang keduanya. "ehh..ape tu. seramnye." katanya, Malangnya, tiada sesiapa disitu. Apabila die memandang ke bawah, die terperasan sesuatu. "Aik? ape yang aku pijak ni?" dengan perasaan ingin tahu, die cube menyiasat ape yang sudah berlaku. Apekah yang die pijak tadi?

Alangkah terkejutnya die, rupe-rupenya die terpijak kaki orang. "eh asal tetiba ade kaki manusia ni?" bisikan hatinya lagi. Tibe-tibe satu suara kedengaran, "boleh tak kau jangan pijak kaki aku lame-lame?". Rupe-rupenya, itulah adalah suara milik adek die. Die terpijak semata-semata nak tengok apa yang berlaku kat luar. "Ah. sori tak perasan, rabun malam lah. hehe" sambil tersengeh. Bermulalah perbualan antara mereka berdua;

Adek die: eh buat ape malam-malam kat tingkap ha? Cari hantu ke?
Die: Taklah, jolok buah rambutan. HAHA(sambil menggosok lengannya)
Adek die: La, ingatkan bagi kucing makan. HAHA.
Die: dah lah gi tido. patutlah meremang bulu roma. kipas full power spin lah. HAHA
Adek die: Tadi aku tingkatkan power die. Panas lah.(gelak kecil)
Die: Dah lah ngantuk.
Adek die: Tadi aku tanya kaw pukul berape? Asal tak jawab?
Die: Pelik?
Adek die: ape yang pelik?

Suasana menjadi seram sejuk. Atmosfera kegelapan kelihatan. Sambil melihat jam di tangannya,
Die: Biasenya aku pakai jam kat tangan kiri, hari kanan pulak. Peduli lah. (terus capai bantal dan tido)
Adek die: eh? (terdiam)

Selepas beberapa minit melelapkan mata, Azan subuh berkumandang. Rupe-rupenya waktu yang sebenar adalah jam 6 pagi. Jam tadi dah rosak. Malam yang penuh misteri dan indah dapat diharungi dengan mudah. Seram.



P/s: Pemikiran yang mudah dan ringkas dapat mempengaruhi perbuatan seseorang itu. HAHA. WUUUU.seram kan.